Saturday 9 March 2013

Selamat Hari Wanita !

Pemberian Penghargaan Bunga sempena Hari Wanita Sedunia - 9 Mac, 2013

Wanita seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8hb Mac, 2013. Pakatan Rakyat telah menganjurkan beberapa aktiviti pengedaran bunga. Pagi ini kami telah mengadakan aktiviti di Pasar Ampangan dan kawasan persekitarannya, iaitu kedai-kedai berhampiran dan kedai-kedai (termasuk Pasaraya Giant) dalam Plaza Ampangan. Kami mendapat sambutan yang teramat hangat ! Tidak ada seorang pun yang tidak sudi menerima bunga walaupun kami mengatakan bunga tersebut adalah sumbangan Pakatan Rakyat, iaitu parti pembangkang di Negeri Sembilan. Fenomena seperti ini tidak pernah berlaku sebelum 2008.

Aktiviti ini boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Kami membuat kerja persediaan di atas kereta seorang saudara PKR dan kami dapat membuat kerja tersebut secara gotong royong. Ternampak jelas bahawa kalau kami bersepakat, kami memang boleh berjaya menawan Negeri Sembilan !

Gambar-gambar :-

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151347835106365.1073741828.536196364&type=1&l=3b6a99fa4b




No comments:

Post a Comment