Sunday 24 January 2016

Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan hari yang penting and bermakna kepada penganut agama Hindu. Umat Hindu menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa sebelum ini. Nazar merupakan permohonan  sesuatu hajat kepada Dewa Murugan. Jika permohonan dikabulkan, maka satu acara kesyukuran akan diadakan.

Pada hari tersebut mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau aluminium. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. 
Kavadi akan dijunjung di atas bahu atau kepala bagi memohon ampun agar dosa mereka dihapuskan. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Pelbagai cara menyeksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. 

Oleh yang demikian, inilah masa untuk kita membuat refleksi kendiri terhadap dosa-dosa kita sebelum ini. Pada pendapat saya,  setakat ini, refleksi yang berlaku hanya menilai dosa-dosa yang telah berlaku. Sepatutnya, kita perlu memikirkan bagaimana untuk bertindak balas sekiranya peristiwa yang sama berlaku pada masa hadapan dan merancang apa yang sepatutnya dibuat pada masa sekarang untuk mengelak dosa-dosa tersebut diulangi. 

Kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa tersebut untuk melaksakan sesuatu yang bertujuan supaya kita  boleh menjaga hubungan kita dengan tuhan; hubungan dengan orang lain;  hubungan dengan alam dan juga untuk kebaikan diri sendiri. Selamat menyambut Hari Thaipusam. Semoga diberkati !

No comments:

Post a Comment